Want your
own Fotopage?







 
All DUDES

By: All DUDES

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 25-Jun-2008 05:51 Email | Share | | Bookmark
AllDUDES Get Together, Cherating 2008

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 111 photos...

Care to comment?


Monday, 23-Jun-2008 23:41 Email | Share | | Bookmark
SAS9397 10 years after school

AllDUdes Gathering 2007
AllDudes Gathering 2007
Lama tak update gambar ni. So, aku teruskan usaha update ni.

Ni majlis reunion SAS9397 yg dibuat pada tahun 2007, genap 10 tahun selepas Alldudes meninggalkan ALAM SHAH yg terchenta, dibuat di Hotel SUnway. Actually perancangannya nak dibuat dengan lebih unik, tetapi atas kekangan masa, kewangan dan juga pelbagai masalah lain yg timbul, maka jadilah ia 1 gathering yg sederhana tetapi sgt meriah.

Ramai alldudes yg hadir termasuk membawa pasangan hidup memasing. Bermula dari itulah, perkataan Alldudes darling didengar. Makanan yg disediakan menyelerakan, diikuti dengan sedikit presentation mengembalikan nostalgia kenangan di sekolah oleh yg berusaha Saudara Mukeh. Dikuti pula sketsa menghiburkan dari Saudara Foncoe dan Mama, dendangan sajak dari Mama dan seterusnya nyanyian karaoke sukarela.

Majlis ini diharapkan dapat diteruskan utk ikatan persahabatan ALLDUDES yg abadi dan sejati..

salam sukses..
cari rakan niaga water filter
potensi besar
sila klik http://motivasimodalinsanjuara.wordpress.com/
contact 013 3293028 zaiful, terima kasih....
Tue 24-Jun-2008 15:08
Posted by:zaiful zaifulzakaria786@yahoo.com  - [Link]
Me & Dol's version of "SAS9397 10 Years Reunion" in the UK Wed 25-Jun-2008 15:19
Posted by:ezwan jibbie  - [Link]
Add comment


Sunday, 12-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Smiling In The Pictures : Rosyidi & Natasya Marliana

 
 
 
View all 22 photos...
[ visit also : All DUDES ]

Venue : Dewan Merdeka Kuala Kangsar
Time : 1230 onwards

Dengan berbaju melayu lengkap bersongket serba hijau, pasangan Raja Sehari Rosyidi ngan Natasya Marliana, melangkah masuk, diiringi pengapit penuh perkasa, Abdul Haizal Abdul Halil.

Majlis dimulakan dengan penuh sederhana, bersanding di atas pentas, disaksikan rakan-rakan All DUDES yang terdiri dari pengapit Haizal sendiri, Mukeh, Ayie, Nisak, Jibb dan isteri tercinta Sue, Zamin juga bersama isteri tersayang Faezah, Jamal, Ucop, Botol yang begitu tenang dan redup riak wajah mukanyer, Man Johar, Rohan yang kacak, Pikod dan tunang terkasih hebat, Mad Ithnin serta isteri terindah, Kelly serta kandungan yang bakal menceriakan suasana kelak, dan lelain yang tak sengaja dilupakan namanya. HHAHAHAHAH! Jangan kecik hati seh!

Bermula ngan agenda merenjis, disusuli ngan penyerahan plate End of Bachelorhood oleh saudara Jibb yang segak berbaju batik biru. Acara makan diraja sehari menyusul selepas itu, diiringi dengan persembahan multimedia yang dihandle penuh hebat oleh Mukeh. MUAHAHAHHAHAH! (sape-sape nak buat multimedia presentation yang hebat lagi mencangkau langit serta meruntun jiwa, buleh contact sama Mukeh. Hu yeahh!)

Lepas setel je kenduri, salam-salaman ngan sume hadirin, All DUDES dijemput serta ke majlis hi tea, yang memang khas diadakan untuk rakan taulan dan kroni terdekat. Malangnya, hanya beberapa manusia je yang mampu turut serta, memandangkan lelain manusia mempunyai perancangan yang tak dapat dielakkan.

Laksa memasyukkan, bubur lambuk yang menggeliurkan, air yang berubah perisa setiap kali ditukar, serta kuih muih yang nyum-nyum, konfem mengenyangkan segala hadirat, juga bisa membuatkan diorang nih mengantuk di kala memandu pulang ke kamar. MUAHAHAHAHHA!

Majlis pernikahan, persandingan serta sambut pengantin yang berlangsung tiga hari berturut-turut, pasti melemaukan tenaga Syidee, apetah lagi pengapit-pengapitnyer. HAHAHHAAH kecoh betul!

Segala tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Rosyidi dan Natasya Marliana, di atas kehebatan cinta hati yang dijalini. Semoga kekal bahagia selagi masa berjalan, selagi hayat dikandung badan, selagi darah mengalir dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Amin!


[ photographed and edited by Mukeh ]

Terharu nyer... .... thanks for everything..... Mon 27-Mar-2006 01:04
Posted by:Natasya seniorita_marlia@yahoo.com
Wow..hebat!! Sori tak dpt datang..Kena gigit nyamukla Syidi..Denggi sux Fri 31-Mar-2006 04:16
Posted by:labululebat
salam sukses..
cari rakan niaga water filter
potensi besar
sila klik http://motivasimodalinsanjuara.wordpress.com/
contact 013 3293028 zaiful, terima kasih....
Tue 24-Jun-2008 15:09
Posted by:zaiful zaifulzakaria786@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 5-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Smiling In The Pictures : Ezwan Hamdi & Nursuliana

 
 
 
View all 16 photos...
[ visit also : All DUDES ]

Venue : Dewan Komuniti Gombak
Time : 1200 onwards

Ezwan Hamdi, dengan panggilan manjanya Jibb, akhirnya menamatkan zaman penuh gersang dan tak tertahan pada seminggu yang lalu. Dengan majlis walimatul urus yang penuh sederhana namun cukup meriah, menyaksikan betapa segaknya pengapit di kala itu, Farith Jamal, yang serba putih, lengkap bersongket dan bercapal, diserikan dengan gubahan senyuman yang menggatal.

Namun sume tu tak mampu mengatasi seri wajah Raja Sehari Jibb, yang nyata begitu ceria, berseri dan penuh emosi menyaksikan rakan-rakan All DUDES yang hadir. Fahd, yang pertama kali hadir ke majlis perkahwinan All DUDES, begitu bergaya ngan baju batik berwarne keemas-emasan. Turut serta adalah Zamin dan isteri, Syidee yang bertungkus lumus menulis nama jemputan kawinnya yang akan berlangsung minggu hadapan, 12 Mac, Shahrin Mat Rabi juga struggle mencarik carik dan menyelak kad-kad jemputan yang harus dilangsaikan pada hari nih, Syahgirang dan kekasih hati, juga jarang kelihatan di mana-mana majlis perkahwinan sebelum ini, Ucop, Mukeh, Apoi, Mad Ithnin dan isteri, Ayie, Raja Harmaini, Pikod, Suhairi, Foncoe dan intan payung, Al, Feezah, Telo, Zulat yang dirindui, Nawa, Bb, juga nama-nama yang tak dapat nak direcall. Sorry beb!

Ngan multimedia presentation yang penuh nostalgik, penyerahan plate End of Bachelorhood oleh Zamin Hizat yang berbaju batik hitam putih, disusuli dengan nyanyian secara live oleh Raja Sehari sendiri, disapot oleh ahli-ahli Fourvoices yang lain menerusi lagu Ayu.

Kalau korang tengok gambar, korang mesti leh agak yang Farith Jamal ngan Raja Harmaini turut menyumbangkan beberape buah lagu khas untuk Jibb. Betapa meriahnyer sehh!

Dengan fotogenik Jibb dan Sue, serta kehebatan photographer terbilang Bob, berjaya menghasilkan beberapa puluhan gambar yang menarik. Salah satunyer yang kat atas nih. Tapi jangan dilupakan beb, kehebatan Feezah yang juga tak kurang hebatnya. Hu yeah!

Oleh itu Jibb, juga Sue, diharapkan pada hari ini, juga pada hari minggu yang sudah, akan terus menjadi kebahagiaan di hari-hari yang lain. Jadikan hari nih sebagai hari bermulanya kebahagiaan cinta hati yang tidak berpenghujung hendaknya. Amin!


[ photographed by Feezah / edited by Mukeh ]

Cool gile wedding awak...! Sori tak dapat pergi... Fcuk nyamuk aedes. Fri 31-Mar-2006 04:27
Posted by:labululebat
Add comment


Sunday, 1-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Smiling In The Pictures : Zamin Hizat & Faezah Nor

 
 
 
View all 6 photos...
[ visit also : All DUDES ]

Venue : Dewan Perdana Felda
Time : 1945 onwards

Dengan kehadiran seramai 45 orang (nampak gaya, rekod Acap seramai 68 orang masih berlagak megah), tidak termasuk mereka yang membawa partner, kekasih hati, bini mahupun isteri juga anak sedarah sedaging, walimatul urus Zamin Hizat dan Faezah Nor menjadi suatu acara pembuka paling menarik untuk tahun 2006. Perlu ke nak sebut satu persatu? Ok la sebut je la, bukan senang dohh nak sebut nama dalam nih. MUAHAHAHHAHA!

Antara yang datang : Eejam, Emon, Nawa, Eak n wife, Shooke, Labu, Raja n tunang, Al, Dollah n wife, pengantin baru Gosh n wife, Prince Charles, Mad Ithnin n wife, Foncoe n kekasih hati, Mama n kekasih hati tiada tandingan, Amir, Ford, Mancak, Napie, Ot berpakaian serba melayu pahlawan, Telo (wehh buleh kasik gambar dak?), Tibao, Ucop n luv, Khomar n chenta nyer, Among, Ardi, Nisak n bunga indah, Hafiz Zahri, Mukeh n partner lek lek kool, Sue n partner sedondon, Chypp n tunang tersayang, Pikod n tunang terbahagia, Ayie Dubai, Jalie n family ceria, Syahgirang, Syidee, Halil, Jamal n intan permata, Jibb n tunang (insya Allah bulan 3 nih), Iben n family bahagia, Am, Man Boyak, Stone M Nasir, Ude n wife, Bb, dan Wan Yusran kacak. Sape yang tak termasuk list nih, sile bagitau ok, sebab susah nak ingat satu persatu. Hehehe! Jangan ade kecik hati, lempang kang! MUAHAHAHHAHAH!

Walaupun ramai yang struggle carik baju batik, ade yang beli baju batik last minit gile babihnyer, ngan beberapa orang je yang pakai baju melayu lengkap bersongket, serta ada juga yang pakai shirt dan jeans, pakaian etnik nusantara, membuktikan betapa walimatul urus kali nih sangat dinantikan. Namun sume tu buleh dipersetankan. Yang penting, kemeriahan dan suasana happening tu yang menjadi suatu kemestian, sebab bukan senang nak lepak yang ramai seh.

Zamin yang kononnyer serba kacak ngan tuxedo nyer, ngan isteri tercinta Faezah Nor berpakaian serba putih suci bersih bak bayi baru lahir (ok tak kelakar sangat nihh) disambut dengan paluan kompang yang biasa kita dengar. Dimulakan dengan bacaan selawat ke atas Rasulullah, kemudian diikuti bacaan doa oleh Ustaz dari Radio IKIM, seterusnya disusuli dengan acara merenjis dari kedua belah pihak keluarga.

Acara makan bermula dengan rancak. Al siap tambah dengan penuh lahap berkali kali cam biasa dilakukan di Dewan Makan kira-kira 8 tahun lepas, sampaikan gula untuk teh ngan kopi o pun habis seh. Dem! (tade kene mengene langsung). Dengan Mahadzir Lokman sebagai pengacara, memang nampak sume dirancang ngan penuh rapi. (Tapi kalau tade Mahadzir Lokman pun, tade la gagal pun kan? Halil yang ala-ala pakai baju Mahadzir Lokman pun leh layan gak perr). Majlis diteruskan ngan memotong kek 3 tingkat, yang sememangnyer tak dapat dijamah oleh mereka yang hadir.

Sesi berkumpul, borak dan gelak sampai pecah perut memang tak dapat dielakkan. Memang dah lumrah seh. Tu belum lagi kesanggupan menunggu turn untuk bersalam kat luar, pastu masuk balik ke dalam semata-mata nak bergambar ngan Zamin kat stage. Wife, tunang, dan partner kekasih hati intan payung pun sume sanggup tunggu walaupun tak dapat gambar bersama.

Walaupun pada akhirnya terpakse nyanyi lagu sekolah yang penuh tragis dan menyedihkan, tetapi walimatul urus Zamin kali nih sangat memberi satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Jeritan "Alam Shah! Alam Shah sedia!" bergema di ruang legar Dewan Perdana Felda yang dah mula kosong tu, pastu siap penuh semangat nyanyi lagu sekolah yang sangat bertonasi simple yang memang direka untuk orang-orang yang bersuara sumbang. Haram jadah!

Apa-apa pun Zamin, congratulations! Bercuti la senikmatnyer selagi boleh, hidup lah sebagai pasangan suami isteri seadanya. Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia, akhirat juga di ranjang. Amin!

* Lepas hantar wife, tunang, dan partner kekasih hati, beberapa belas orang berkumpul semula di Yow Chuan, ngan penuh semangat melepaskan gian berkaraoke. Kul 3 pagi lebih camtu baru la lepak minum kasik tekak basah sket, sambil sesi kutuk mengutuk secara keras dan lancang lagi biadap (MUAHAHAHHAHAHA!) di Lotus. Beransur pulang kul 4 pagi lebih.

HOII!! Sape yang ade gambar tu, sile-sile la upload. Boring dohh!! Tade source nihh!!


[ photographed by Farid / edited by Mukeh ]

haha! mmg kelakar lah ko mukeh..
seronok betul aku baca komen2 ko..
"Al siap tambah dengan penuh lahap berkali kali cam biasa dilakukan di Dewan Makan kira-kira 8 tahun lepas, sampaikan gula untuk teh ngan kopi o pun habis seh. Dem! (tade kene mengene langsung)"
best2..
Fri 13-Jan-2006 03:37
Posted by:gosh
lawa nih Sat 14-Jan-2006 11:26
Posted by:KNizam  - [Link]
mukeh tak sesia cikgu rabita ajar kau bm...mmg power... Thu 19-Jan-2006 15:11
Posted by:Fahd
View all 6 comments Add comment


Sunday, 25-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Smiling In The Pictures : Husni Azam @ Izyana

 
 
 
View all 30 photos...
[ visit also : All DUDES ]

Venue : Dewan Gemilang UKM
Time : 1200 - 1600

Kul 12 tengahari, bermula majlis walimatul urus Gosh, bertemakan konsep biru Mcflurry McDonald. (sebenarnyer aku tatau camne nak describe warna biru tu. Mampos la kan?).

Dilaporkan ramai yang hadir awal, tapi cam biasa la kan, kalau ade awal, ade yang lembab. Orang-orang kebiasaan lembab cam Mukeh, Foncoe, Syidee, Halil memang dah sangat biasa. Rasa cam nak lempang je. Takleh ke datang awal sket seh? Selalu la nak lembab je. Urgh! MUAHAHAHHAHA!

Di akhir majlis, cam biasa ade nyanyi-nyanyi sket. Tapi takkan la Gosh nak nyanyi la kan? Konfem buleh runtuh dewan tu sial. Tak logik. Mesti la cam ade orang-orang kat situ yang saje-saje lepas gian nak lepas suara dan bakat tak terpendam tapi tak gak sedap. MUAHAHAHAHHA!

Antara mereka yang menjadi manusia-manusia akhir yang lepak termasuk la Syidee, Halil, Mama, Shooke, Acap, Mukeh, Foncoe, Among, Jibb, Ucop, Napie dan ramai lagi. Cikgu Sabariah pun antara yang setia menanti. Hehehe!

Gosh, selamat segalanya okk! Jangan gelojoh sangat, lek lek manja je ok? Take your time bro! MUAHAHAHAHAH! Semoga berbahagia sehingga ke akhirnya. Dimurahkan rezeki biar buleh belanje kitorang makan kaw kaw nyer. Amin!


[ photographed by Jirep & Zamin / edited by Mukeh ]

Care to comment?


Saturday, 17-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Smiling In The Pictures : Irwan Ariff & Noor Salawati

 
 
[ visit also : All DUDES ]

Venue : Shah Alam, Selangor
Time : 1115 - 1600

Kul 11:15 pagi, bertempat di No.1 Jalan Firus Empat 7/7D, Shah Alam, berlangsungnye suatu majlis makan free tiada had, meraikan ikatan dua hati, Irwan Ariff, atau lebih macho dan garang ngan panggilan Ude, dengan pasangan menawannya, Noor Salawati.

Dikhabarkan, ramai ALL DUDES yang hadir, tapi ade jugak yang tak berkesempatan nak lepak ngan Ude. Biasa la beb, busy doh! Harap paham la eh? MUAHAHAHAHAH! Tapi ade jugak yang sangat komited dengan kerja, serta tak buleh lari ngan sifat lembab dan sengal, sampaikan terpakse hadir selepas majlis tamat, kira-kira pukul 5 petang ke atas. Hikmahnyer tetap ade bebb, diorang nih sume dapat makan sekali ngan pengantin. MUAHAHAHHAH bukan senang sehhh.

Plate turut disampaikan oleh Among, jejaka yang pasti akan menamatkan zaman bujangnyer tak lame lagi. Amin!

Kepada Ude dan Salawati (memang panggil Salawati ker?), semoga berbahagia tak terhingga nikmat hendaknya, ngan keberkatan dari Nya (cewahh!). Amin!

Mereka yang lembab sampai : Foncoe & awek, Cipoi, Mukeh, Among & Al.


[ photographed by Zamin / edited by Mukeh ]

Weh jalan tak rata ke uda mmg tinggi sekarang?? Thu 19-Jan-2006 15:08
Posted by:Fahd
dua-dua laaa, beb... mmg tinggi mamat tuh skang Fri 20-Jan-2006 13:55
Posted by:amonq
Add comment


Saturday, 10-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Smiling In The Pictures : Haizlil

 
 
 
View all 5 photos...
[ visit also : All DUDES ]

Venue : Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Time : 1200 onwards


[ photographed by Zamin / edited by Mukeh ]

Smiling In The Pictures : Ezly Amer

Venue : Ipoh, Perak
Time : 1200 onwards

To Eak ngan Chaos, congrats! Moga makin masyukkk & hepi cool giler. Sangat enjoy arinih weih. Jalie, anak ko mmg chomel dooo!


[ photographed by Zamin / edited by Mukeh ]

huhu anak jalie mmg chomel giller!! chaos congrats kerana mengharumkan nama zaaba, eak congrats but mana lagi gegambar yang lain?? Thu 19-Jan-2006 15:15
Posted by:Fahd
Add comment


Tuesday, 8-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Smiling In The Pictures : Hesan Che Mat

 
 
 
View all 4 photos...
[ visit also : All DUDES ]

Venue : Kelantan
Time : 1100 onwards

Antara manusia yang datang:

Ucop Y2k, Hazman Gergasi, Labu Topman, Botol si Tenang, Jamal Sang Merah, Mancak Pemurah Senyuman, Aejey Maintain, dan sape-sape lagi yang tidak disebut, harap dimaafi yahh! (err gelaran tu gurauan je beb, jangan nak kecik hati plak. Dem yuh!)

Congrats Chem! Semoga berbahagia tak terkate nikmat nyer yang tak terkawal, diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Nya, serta dipermudahkan segala urusan yang best-best. Amin!


[ photographed by Mancak / edited by Mukeh ]

Care to comment?


Tuesday, 23-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Our 3rd Nephew : Nurul Najihah Mohd Sobri

 
 
[ visit also : All DUDES ]

Our 3rd nephew, Nurul Najihah Mohd Sobri, selamat dilahirkan. Congrats!!

[ photographed by Moie / edited by Mukeh ]

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.