[ visit also : All DUDES ]
Venue : Dewan Komuniti Gombak
Time : 1200 onwards
Ezwan Hamdi, dengan panggilan manjanya Jibb, akhirnya menamatkan zaman penuh gersang dan tak tertahan pada seminggu yang lalu. Dengan majlis walimatul urus yang penuh sederhana namun cukup meriah, menyaksikan betapa segaknya pengapit di kala itu, Farith Jamal, yang serba putih, lengkap bersongket dan bercapal, diserikan dengan gubahan senyuman yang menggatal.
Namun sume tu tak mampu mengatasi seri wajah Raja Sehari Jibb, yang nyata begitu ceria, berseri dan penuh emosi menyaksikan rakan-rakan All DUDES yang hadir. Fahd, yang pertama kali hadir ke majlis perkahwinan All DUDES, begitu bergaya ngan baju batik berwarne keemas-emasan. Turut serta adalah Zamin dan isteri, Syidee yang bertungkus lumus menulis nama jemputan kawinnya yang akan berlangsung minggu hadapan, 12 Mac, Shahrin Mat Rabi juga struggle mencarik carik dan menyelak kad-kad jemputan yang harus dilangsaikan pada hari nih, Syahgirang dan kekasih hati, juga jarang kelihatan di mana-mana majlis perkahwinan sebelum ini, Ucop, Mukeh, Apoi, Mad Ithnin dan isteri, Ayie, Raja Harmaini, Pikod, Suhairi, Foncoe dan intan payung, Al, Feezah, Telo, Zulat yang dirindui, Nawa, Bb, juga nama-nama yang tak dapat nak direcall. Sorry beb!
Ngan multimedia presentation yang penuh nostalgik, penyerahan plate End of Bachelorhood oleh Zamin Hizat yang berbaju batik hitam putih, disusuli dengan nyanyian secara live oleh Raja Sehari sendiri, disapot oleh ahli-ahli Fourvoices yang lain menerusi lagu Ayu.
Kalau korang tengok gambar, korang mesti leh agak yang Farith Jamal ngan Raja Harmaini turut menyumbangkan beberape buah lagu khas untuk Jibb. Betapa meriahnyer sehh!
Dengan fotogenik Jibb dan Sue, serta kehebatan photographer terbilang Bob, berjaya menghasilkan beberapa puluhan gambar yang menarik. Salah satunyer yang kat atas nih. Tapi jangan dilupakan beb, kehebatan Feezah yang juga tak kurang hebatnya. Hu yeah!
Oleh itu Jibb, juga Sue, diharapkan pada hari ini, juga pada hari minggu yang sudah, akan terus menjadi kebahagiaan di hari-hari yang lain. Jadikan hari nih sebagai hari bermulanya kebahagiaan cinta hati yang tidak berpenghujung hendaknya. Amin!
[ photographed by Feezah / edited by Mukeh ]
|