 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
All DUDES
 By: All DUDES
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 12-Mar-2006 12:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Smiling In The Pictures : Rosyidi & Natasya Marliana
|
|
[ visit also : All DUDES ]
Venue : Dewan Merdeka Kuala Kangsar
Time : 1230 onwards
Dengan berbaju melayu lengkap bersongket serba hijau, pasangan Raja Sehari Rosyidi ngan Natasya Marliana, melangkah masuk, diiringi pengapit penuh perkasa, Abdul Haizal Abdul Halil.
Majlis dimulakan dengan penuh sederhana, bersanding di atas pentas, disaksikan rakan-rakan All DUDES yang terdiri dari pengapit Haizal sendiri, Mukeh, Ayie, Nisak, Jibb dan isteri tercinta Sue, Zamin juga bersama isteri tersayang Faezah, Jamal, Ucop, Botol yang begitu tenang dan redup riak wajah mukanyer, Man Johar, Rohan yang kacak, Pikod dan tunang terkasih hebat, Mad Ithnin serta isteri terindah, Kelly serta kandungan yang bakal menceriakan suasana kelak, dan lelain yang tak sengaja dilupakan namanya. HHAHAHAHAH! Jangan kecik hati seh!
Bermula ngan agenda merenjis, disusuli ngan penyerahan plate End of Bachelorhood oleh saudara Jibb yang segak berbaju batik biru. Acara makan diraja sehari menyusul selepas itu, diiringi dengan persembahan multimedia yang dihandle penuh hebat oleh Mukeh. MUAHAHAHHAHAH! (sape-sape nak buat multimedia presentation yang hebat lagi mencangkau langit serta meruntun jiwa, buleh contact sama Mukeh. Hu yeahh!)
Lepas setel je kenduri, salam-salaman ngan sume hadirin, All DUDES dijemput serta ke majlis hi tea, yang memang khas diadakan untuk rakan taulan dan kroni terdekat. Malangnya, hanya beberapa manusia je yang mampu turut serta, memandangkan lelain manusia mempunyai perancangan yang tak dapat dielakkan.
Laksa memasyukkan, bubur lambuk yang menggeliurkan, air yang berubah perisa setiap kali ditukar, serta kuih muih yang nyum-nyum, konfem mengenyangkan segala hadirat, juga bisa membuatkan diorang nih mengantuk di kala memandu pulang ke kamar. MUAHAHAHAHHA!
Majlis pernikahan, persandingan serta sambut pengantin yang berlangsung tiga hari berturut-turut, pasti melemaukan tenaga Syidee, apetah lagi pengapit-pengapitnyer. HAHAHHAAH kecoh betul!
Segala tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Rosyidi dan Natasya Marliana, di atas kehebatan cinta hati yang dijalini. Semoga kekal bahagia selagi masa berjalan, selagi hayat dikandung badan, selagi darah mengalir dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Amin!
[ photographed and edited by Mukeh ]
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|